Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Saya ada satu soalan. Bilakah waktu disunatkan untuk membaca qunut dalam solat witir di bulan Ramadhan? Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Solat witir ialah sunat muakkad.  Ia dinamakan demikian kerana ditamatkan dengan satu rakaat, dan berbeza dengan solat yang lain.[1] Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ali R.A, katanya:

إنَّ الْوِتْرَ لَيْسَ بِحَتْمٍ كَصَلاَتِكُمُ الْمَكْتُوبَةِ وَلَكِنْ سَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Solat witir tidaklah wajib seperti solat yang difardhukan atas kamu, tetapi Rasulullah SAW melakukannya.”[2]

Hadith yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda:

يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ

Maksudnya:Wahai orang yang beramal dengan al-Quran! Hendaklah kamu melakukan solat Witir, sesungguhnya Allah itu bersifat witir dan dia menyukainya.”[3]

Imam al-Nawawi menyebutkan, solat witir adalah sunat di sisi ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i tanpa khilaf. Bilangan rakaatnya yang paling sedikit ialah sebanyak satu rakaat. Manakala tahap kesempurnaannya yang paling rendah adalah dengan melakukannya sebanyak tiga rakaat, dan tahap yang lebih sempurna daripada itu pula adalah dengan mendirikannya sebanyak lima rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak tujuh rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak sembilan rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak sebelas rakaat. Inilah bilangan rakaatnya yang paling banyak menurut pendapat masyhur dalam mazhab Syafi‘i dan pendapat yang diputuskan oleh pengarang al-Muhazzab serta ramai ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i.[4]

Berbalik kepada soalan yang diajukan, Imam al-Nawawi menyebutkan, menurut mazhab Syafi‘i, sunnahnya adalah untuk berqunut pada rakaat terakhir solat witir pada separuh akhir bulan Ramadhan — yakni pada hari ke-16. Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab dan dinaskan berkenaannya oleh Imam al-Syafi‘i. Terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat, disunatkan untuk berqunut pada keseluruhan bulan Ramadhan, dan ini merupakan mazhab Malik. Selain itu, terdapat juga dalam kalangan ulama yang berpendapat disunatkan untuk berqunut dalam solat witir sepanjang tahun — yakni tidak dikhususkan hanya bulan Ramadhan — dan ini merupakan pendapat empat ulama besar dalam kalangan ashab (ulama mazhab Syafi‘i) iaitu Abdullah bin al-Zubairi, Abu al-Walid al-Naisaburi, Abu al-Fadhl bin ‘Abdan dan Abu Mansur bin Mihran. Inilah pendapat yang kuat dari sudut dalil berdasarkan hadith al-Hasan bin Ali. Akan tetapi pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘i ialah pendapat yang pertama — yakni pada separuh akhir bulan Ramadhan — dan inilah yang dipegang oleh jumhur ashab (ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i).[5]

Dalam tempat yang lain, Imam al-Nawawi menegaskan sekali lagi bahawa pendapat yang menyatakan disunatkan berqunut pada separuh akhir bulan Ramadhan secara khusus adalah pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘i. Perkara ini juga dinukilkan oleh Ibn al-Munzir, Ubai bin Ka‘ab, Ibn Umar, Ibn Sirin, al-Zubairi, Yahya bin Thabit, Malik, Syafi‘i dan Ahmad. Walau bagaimanapun dinukilkan daripada Ibn Mas‘ud, al-Hasan al-Basri, al-Nakha‘i, Ishaq dan Abu Thaur bahawa mereka berpendapat berqunut dalam solat witir sepanjang tahun. Ini juga merupakan mazhab Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Ahmad, serta pendapat sebahagian daripada kalangan ashab — ulama mazhab Syafi‘i.[6]

Selain itu, perbuatan berqunut pada separuh akhir Ramadhan ini juga termasuk dalam usaha untuk mendapatkan lailatul qadar. Mengenai ini, Ibn Rajab ada menyebutkan dalam kitabnya, sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Unais R.A, bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan lailatul qadar. Maka, Baginda SAW menjawab:

رَأَيْتُهَا فَأُنْسِيتُهَا، فَتَحَرَّهَا فِي النِّصْفِ الْآخِرِ

Maksudnya: “Aku melihatnya (lailatul qadar) dan terlupa akannya. Maka carilah lailatul qadar pada separuh yang terakhir — dalam bulan Ramadhan.”[7]

Oleh sebab itulah, Ubai bin Ka‘ab berqunut dalam solat witir pada malam-malam separuh akhir Ramadhan kerana mengharapkan lailatul qadar padanya.[8]

Kesimpulannya

Oleh itu, berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa disunatkan untuk berqunut dalam solat witir pada separuh malam akhir bulan Ramadhan — yakni bermula pada hari ke-16 — sebagaimana pendapat masyhur dan muktamad dalam mazhab Syafi‘i.

Walau bagaimanapun, kami melihat perkara ini adalah luas. Dalam erti kata lain, tiada masalah jika seseorang itu mahu beramal dengan berqunut dalam witirnya sejak hari pertama Ramadhan lagi. Justeru, perkara itu adalah baik dan ia juga merupakan pendapat sebahagian ulama kibar dalam kalangan mazhab Syafi‘i, yang tidak mengkhususkan qunut dalam witir hanya dalam bulan Ramadhan.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 25 April 2022 bersamaan 23 Ramadhan 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/215.

[2] Riwayat al-Tirmizi (453) dan yang lainnya

[3] Riwayat Abu Daud (1416)

[4] Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 4/12.

[5] Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 4/15.

[6] Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 4/24.

[7] Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir (347)

[8] Lihat Lata’if al-Ma‘arif, 1/176.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *